Skip to main content

Resepi Rendang Daging


Assalammualaikum...
Haaa...tengok pic hiasan kt atas nie mesti semua dh tahu Che Sue nk share resepi ape hari ni kan? Apalagi kalau bukan rendang daging. Hidangan ni biasanyer kite lihat banyak pada Hari Raya. Family Che Sue lebih gemarkan rendang daging berbanding dengan rendang ayam. Mungkin sbb dh hari2 melantak ayam kan...so hari raya mestilah nk daging.

Bahan - bahan:
2kg Daging lembu
2 Helai daun kunyit. Dihiris halus
5 Helai daun limau purut.
2 liter santan
Air panas secukupnya
5 sudu besar kerisik
4 sudu besar rempah kari daging
1 senduk nasi cili kisar
3 asam keping / asam gelugor
2 sudu besar hirisan gula melaka
Garam.

Bahan Kisar:
2 biji bawang besar
18 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
10 biji buah keras
1/2 inci belacan
2 inci kunyit hidup
30 biji cili padi (suka pedas tambah lah lagi)
12 batang serai

Bahan Tumisan:
1 batang kulit kayu manis
2 kumtum bunga lawang
8 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
5 biji bawang merah dihiris halus
2 ulas bawang putih dihiris halus.

Langkah - langkah:
1. satukan bahan kisar halus bersama rempah kari. kacau rata dan ketepikan.
2.Panaskan kuali dan tumiskan bahan tumisan hingga naik bau kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing.
3. Kemudian tambahan bahan kisar yang dicampur serbuk kari. Tumiskan sehingga pecah minyak.
4. Masukkan daging dan biar sehingga daging kecut. Kemudian masukkan santan dan biar mendidih sehingga pekat.
5. Masukkan kerisik, asam keping, daun limau purut dan garam. Kacau sehingga daging kering dan tambahkan gula melaka.
6. Kalau daging masih keras, tambahkan air dan masak sehingga daging empuk.
7. Hiasankan dengan hirisan daun kunyit.

Tips:
1. waktu mula2 masukkan garam letak sedikit sahaja dulu sbb biler kuah kering ia akan jadi lebih masin.
2. kalau nk panaskan pastikan anda bawa keluar asam keping tu sbb kalau tak keluarkan nnt rendang anda jadi masam then org ingat anda hidang rendang basi. Ini terjadi pada Che Sue waktu Hari Raya yang lepas. Tak pasal-pasal terbuang balance rendang semua huh! sedih.
3. kalau nk jimat masa memasak pastikan anda beli daging lembu yang tak ada banyak urat. Kalau ade urat rajin-rajinlah hiris dan buangkan urat tu. mmg mula2 leceh tapi hasilnya anda akan puas hati bila tetamu ckp "hurmm...lembutnya rendang daging nie..."
4. Che Sue tak galakkan rebus daging dulu sbb nnt biler masuk dlm rendang daging tu dh kering.

Baiklah. Itu sahaja perkongsian resepi Rendang Daging.
Selamat mencuba!



Comments

Popular posts from this blog

Ways to Use Tumeric Powder for Beautiful Skin

Wassap to order: 018-2324271 (RM18.00/Unit) The spice turmeric can produce remarkable benefits for both the skin and hair. The active ingredient in turmeric, curcumin, is both anti-inflammatory and a powerful antioxidant. Found in many masks and ointments, turmeric can treat skin issues ranging from pigmentation to eczema. Also chosen for it’s antiseptic properties, turmeric is an ideal choice for fighting acne. We’ve put together a variety of turmeric recipes to include in your beauty routine. Source: https://helloglow.co/beauty-ingredient-turmeric/ Glowing Turmeric Face Scrub ·         1 teaspoon ground turmeric ·         3 teaspoons almond milk ·         3 teaspoons baking soda Mix all ingredients together in a small bowl, and stir to combine. Using clean hands, massage over clean, damp skin with fingertips starting with your chin and working upward in small...

Kebaikan Jamu Asam Kunyit

Jamu Asem Kunyit Hi U Olls!!! Entry kali ni I nk citer pasal Jamu! Haaaa.... Jamu ad mcm2 jenis tp I nk citer pasal jamu asem kunyit. I start consume jamu ni tahun 2012 lepas miscarriage 2nd baby. Mase tu air asem kunyit yg I minum tu dibuat sendiri oleh M.I.L ex office mate I.  M.I.L office mate i ni mmg particular bab2 penjagaan dlm pantang. First time minum air jamu ni mmg rase azam sgt wey... tak boleh nk telan langsung! but after a while dh ok dh... in fact dh rase sedap lah pulak air jamu nie. Lepas pantang tu I stop sekejap minum air ni. Sebab I igtkn air ni juz sesuai utk org dlm pantang je. Silap yea! Sbnrnyer I nk pon sesuai utk membersihkn rahim selepas period. I sedar bnd ni lepas i dpt tahu endometriosis I dtg blk. Kebetulan waktu I pergi MAHA2016 ade org jual jamu asem kunyit (tp xsama dgn pic atas ni lah) barulah I tahu yg jamu ni mmg boleh beli yg dh siap. I igtkan nk kne buat sendiri... hahaha... mmg malas lah jawapan nyer. So, I terus beli sebotol. Cara mi...

Kerap Senggugut Teruk Tanda Endometriosis!

Apa Itu Endometriosis? Endometriosis adalah sejenis penyakit wanita yang belum dikenalpasti puncanya yang sebenar. Ada teori yang menjelaskan bahawa darah haid yang sepatutnya keluar dari rahim melalui faraj, telah berundur ke belakang dan membawa bersama tisu endometrium (dinding rahim), kemudian masuk ke dalam saluran fallopian dan akhirnya keluar dalam peritoneum (bahagian abdomen). Ini menyebabkan saiznya membesar dalam pelvis dan berdarah seperti mana kitaran haid ke dalam abdomen. Antara tanda anda mungkin menghidap Endometriosis ialah: 1. Haid berpanjangan dan berlebihan 2. Kitaran Haid tidak teratur 3. Sakit ketika atau selepas melakukan hubungan seksual 4. Rasa letih dan mudah penat ketika haid 5. Sakit di bahagian punggung, bawah perut atau pinggang 6. Rasa seperti ada pergerakan usus atau rasa mahu buang air besar ketika datang haid 7. Kerap senggugut yang teruk Anda mungkin mengalami sebahagian atau keseluruhan tanda-tanda di atas, berbeza men...