Skip to main content

Resepi Puding Karamel - Caramel Pudding



Assalammualaikum....

Kali ni Che Sue nak share recipe pudding caramel.  Kalau nak tahu puding karamel ni merupakan salah satu kuih kegemaran Che Sue yang wajib ada setiap kali bulan Ramadhan (selain dari kuih akok). Sebelum pandai buat puding ni Che Sue selalu beli je di Bazar Ramadhan. Masalahnyer, kalau beli tak puas makan. Bayangkanlah kalau 1 slice RM2.50 - RM3 nk jamu satu family dpt lah sorg makan 1 slice je. Kalau Che Sue punyer selera 1 slice mmg tak cukuplah. Oleh sebab itu, Che Sue belajarlah buat Puding Karamel ni.

Bahan - bahan:
1. 1 cawan susu pekat / susu segar.
2. 1 cawan susu cair
3. 1/2 cawan air.
4. 4 biji telur
5. 1 keping roti putih (dibuang tepinya)
6. 1 sudu teh esen vanila.
7. 5 sudu besar gula.

Langkah - langkah:
1. Sediakan pengukus
2. Pukul telur perlahan dan tapis kedalam blender.
3. Masukkan susu, roti , air & esen vanila.
4. Blender semua.
5. Sediakan non-stick frying pan diatas api kecil. Masukkan gula dan masak sehingga gula cair dan menjadi keperangan. Kemudian tuang kedalam loyang.
6. Tapis dan tuangkan adunan dlm blender kedalam loyang.
7. Kukus selama 45min - 1jam.
8. Sejukan di dalam fridge.

Tips:
1. JANGAN pukul telur terlalu lama sampai kembang. Cukup sekadar utk mix kan kuning & putih telur.
2. Kalau suka puding yang manis boleh guna susu pekat. Tapi kalau suka yg lembut n tak berapa manis bolehlah guna susu segar. Tapi ingat kalau guna susu segar Che Sue sarankan guna individual cup sbb puding yg guna susu segar sangat lembut dan teramat sukar utk dihidangkan dlm bentuk slices.
3. Masa sediakan gula karamel pastikan guna api yg kecil sbb tak mahu gula itu menjadi hangus. kalau hangus bila puding siap kukus akan ada rase pahit. Proses caramelizing ini mmg mengambil masa yg agak lama sikit.
4. Waktu nk hidang, rengangkan bahagian keliling loyang, tutup loyang dengan pinggan dgn saiz yang bersesuaian dan terbalikkan. Hati-hati jangan sampai kuah karamel tumpah.

Puding karamel nie Che Sue suka hidangkan dgn whipped cream. Tapi hidangkan mcm dlm pic hiasan tu pun sedap jugak. Okay itu sahaja resepinya. Mudah kan? Selamat mencuba!

Comments

Popular posts from this blog

Ways to Use Tumeric Powder for Beautiful Skin

Wassap to order: 018-2324271 (RM18.00/Unit) The spice turmeric can produce remarkable benefits for both the skin and hair. The active ingredient in turmeric, curcumin, is both anti-inflammatory and a powerful antioxidant. Found in many masks and ointments, turmeric can treat skin issues ranging from pigmentation to eczema. Also chosen for it’s antiseptic properties, turmeric is an ideal choice for fighting acne. We’ve put together a variety of turmeric recipes to include in your beauty routine. Source: https://helloglow.co/beauty-ingredient-turmeric/ Glowing Turmeric Face Scrub ·         1 teaspoon ground turmeric ·         3 teaspoons almond milk ·         3 teaspoons baking soda Mix all ingredients together in a small bowl, and stir to combine. Using clean hands, massage over clean, damp skin with fingertips starting with your chin and working upward in small...

Kebaikan Jamu Asam Kunyit

Jamu Asem Kunyit Hi U Olls!!! Entry kali ni I nk citer pasal Jamu! Haaaa.... Jamu ad mcm2 jenis tp I nk citer pasal jamu asem kunyit. I start consume jamu ni tahun 2012 lepas miscarriage 2nd baby. Mase tu air asem kunyit yg I minum tu dibuat sendiri oleh M.I.L ex office mate I.  M.I.L office mate i ni mmg particular bab2 penjagaan dlm pantang. First time minum air jamu ni mmg rase azam sgt wey... tak boleh nk telan langsung! but after a while dh ok dh... in fact dh rase sedap lah pulak air jamu nie. Lepas pantang tu I stop sekejap minum air ni. Sebab I igtkn air ni juz sesuai utk org dlm pantang je. Silap yea! Sbnrnyer I nk pon sesuai utk membersihkn rahim selepas period. I sedar bnd ni lepas i dpt tahu endometriosis I dtg blk. Kebetulan waktu I pergi MAHA2016 ade org jual jamu asem kunyit (tp xsama dgn pic atas ni lah) barulah I tahu yg jamu ni mmg boleh beli yg dh siap. I igtkan nk kne buat sendiri... hahaha... mmg malas lah jawapan nyer. So, I terus beli sebotol. Cara mi...

Kerap Senggugut Teruk Tanda Endometriosis!

Apa Itu Endometriosis? Endometriosis adalah sejenis penyakit wanita yang belum dikenalpasti puncanya yang sebenar. Ada teori yang menjelaskan bahawa darah haid yang sepatutnya keluar dari rahim melalui faraj, telah berundur ke belakang dan membawa bersama tisu endometrium (dinding rahim), kemudian masuk ke dalam saluran fallopian dan akhirnya keluar dalam peritoneum (bahagian abdomen). Ini menyebabkan saiznya membesar dalam pelvis dan berdarah seperti mana kitaran haid ke dalam abdomen. Antara tanda anda mungkin menghidap Endometriosis ialah: 1. Haid berpanjangan dan berlebihan 2. Kitaran Haid tidak teratur 3. Sakit ketika atau selepas melakukan hubungan seksual 4. Rasa letih dan mudah penat ketika haid 5. Sakit di bahagian punggung, bawah perut atau pinggang 6. Rasa seperti ada pergerakan usus atau rasa mahu buang air besar ketika datang haid 7. Kerap senggugut yang teruk Anda mungkin mengalami sebahagian atau keseluruhan tanda-tanda di atas, berbeza men...