Skip to main content

Kek Coklat Kukus - Steamed Chocolate Cake

 

Gambar Hiasan
 
Assalammualaikum...
 
Hari ini Che Sue nk kongsi resepi Kek Coklat Kukus. Che Sue dpt resepi ni pun dr. internet jugak tp dh lupe name website nyer. Niat buat kek ni utk asben sbb die suka mkn coklat tapi waktu tu takda oven lg so pakai kukus jelah. Biler dh ade oven Che Sue rase lagi mudah sebenarnyer pakai kukus dr pakai oven sbb Che Sue ni tak pandai sgt nk adjust suhu & timing oven (saya budak baru belajar). Tapi tekstur kek berbeza biler pakai kukus kek jd lg moist & biler pakai oven kek tu lg gebu. So terpulanglah pada selera masing-masing yea. Sebelum tu Che Sue nk mintak maaf dulu dkt semua sbb pakai pics hiasan. Che Sue xda camera hp yg tangkap gambar cantik tu yg pakai gambar hiasan je utk tatapan anda.
 
Bahan - bahan:
Bahan A :
 - 1 cawan gula
 - 1 cawan susu pekat
 - 1 cawan minyak masak (jgn pakai minyak sayuran sbb nnt kek jd bentat)
 - 1/2 cawan serbuk koko
 - 1 cawan air panas.
Bahan B:
 - 2 cawan tepung gandum
 - 1 sudu teh baking soda
 - 1 sudu teh baking powder.
Bahan C:
 - 2 biji telur
 - 1 sudu teh esen vanilla.
 
Langkah - langkah:
1. Panaskan kukus dgn api sederhana.
2. Satukan gula, susu pekat dan minyak masak kedalam satu bekas.
3. Di dalam bekas yg lain adunkan serbuk koko bersama air panas sehingga sebati.
4. Satukan adunan serbuk koko kedalam adunan gula, susu & minyak. Letak di tepi.
5. Di dalam bekas lain ayakkan kesemua bahan B. Letak di tepi.
6. Di dalam bekas yg lain adukkan telur dan esen vanilla.
7. Masukkan sedikit demi sedikit bahan B dan bahan C kedalam acuan A secara beselang seli dan    adun sehingga sekata.

Gambar Hiasan
8. Masukan adunan kedalam cawan kek dan masukan cawan kek kedalam mould. Ini bagi mengelakan cawan tersebut mengembang sewaktu proses mengukus @ basah kerana wap air. Anda boleh pilih nk guna mould plastik @ mould aluminium. Jagan isi terlalu penuh nnt kek melimpah.
9. Kukus selama 1 jam @ sehingga masak sepenuhnya.








Gambar Rujukan
Tips:
1. Sebelum kukus pastikan anda lapik tudung pengukus dgn kain bersih. Ini bg mengelakkan wap air jatuh kedalam kek.
2. Pastikan tiada rongga utk wap keluar dr celah-celah pengukus.
3. Pantau secara berkala sewaktu mengukus. Jika anda lihat seperti terlalu kembang cucuk sedikit bahagian kek dgn lidi satay / toothpick utk mengeluarkan wap.
4. Kek siap dimasak apabila anda cucuk dan tiada kek yg melekat pada batang lidi.



Topping:
Anda boleh cuba Chocolate Glaze @ Buttercream Frosting.

Chocolate Glaze
Gambar Hiasan



Bahan-bahan:
1. 180gm butter
2. 100grm chocolate powder
3. 100grm cooking chocolate
4. 1/2 tin susu pekat.
Langkah:
Cairkan dn adun kesemua bahan di atas api yg kecil sehingga sebati.







Gambar Hiasan
Buttercream Frosting
Bahan-bahan:
1. 120gm butter
2. 2 1/2 cawan gula icing
3. 1 - 4 sudu besar susu segar
4. 1 sudu teh vanilla esen
Langkah:
Pukul butter dan gula icing. Pada sudu pertama susu bancuhkan bersama esen vanilla dan masukkan kedalam adunan kemudian tambah baki susu sehingga kelikatan yg dikehendaki diperoleh.





Ok lah Che Sue harap semua berjaya mencuba resepi kek coklat kukus ni. tak susah pun nk buat nyer. Kalau sesiapa yg ade tips atau resepi baru yg nak dikongsikan jgn lupe comment yea. Bye!


Gambar Hiasan





Comments

Popular posts from this blog

Karnival Jubli Perak MPAJ 2017

MARI! MARI! MARI! Dapatkan Scentuous EDP anda di Karnival MPAJ 2017 (booth 22) di Padang Perbandaran MPAJ Pandan Indah pada 19-20hb Ogos 2017. Kami memberi harga PROMOSI!!!  Harga normal RM50/Sebotol Beli 2 botol @ RM90.00 Beli 3 botol @ RM130.00 Jumpa anda di sana!!! Bawa satu family sbb byk aktiviti yg disediakan utk pengunjung! Scentuous EDP by Mich & Jules Cosmetics: ü   Boleh dibawa solat ü   Produk Bumiputera (Halal) ü   Tahan lama ( > 8 jam ) ü   Kualiti standing produk perfume antarabangsa ü   Terdapat koleksi untuk wanita & lelaki ü   Harga yg menarik  Scentuous For Him & Her

Ways to Use Tumeric Powder for Beautiful Skin

Wassap to order: 018-2324271 (RM18.00/Unit) The spice turmeric can produce remarkable benefits for both the skin and hair. The active ingredient in turmeric, curcumin, is both anti-inflammatory and a powerful antioxidant. Found in many masks and ointments, turmeric can treat skin issues ranging from pigmentation to eczema. Also chosen for it’s antiseptic properties, turmeric is an ideal choice for fighting acne. We’ve put together a variety of turmeric recipes to include in your beauty routine. Source: https://helloglow.co/beauty-ingredient-turmeric/ Glowing Turmeric Face Scrub ·         1 teaspoon ground turmeric ·         3 teaspoons almond milk ·         3 teaspoons baking soda Mix all ingredients together in a small bowl, and stir to combine. Using clean hands, massage over clean, damp skin with fingertips starting with your chin and working upward in small...

Shampoo Santan By My Home Lab

Hello ladies!!! This entry I nk promote Shampoo Santan by My Home Lab. Syampu ni specifically  created for those yg struggle to fight below problems: 1. Hair Fall / Keguguran Rambut 2. Dandruff /  Kelemumur 3. Itchiness Scalp / Kegatalan kulit kepala 4. Low hair growth / Kurang pertumbuhan rambut baru Dari zaman dulu lagi kite mmg well known tentang kebaikan santan. Orang dulu2 gunakan minyak kepala untuk melebatkan dan menghitamkan rambut. Tapi kalau zaman skang nk lumur kepala hari2 dgn minyak kelapa mmg gigih la kan? So.... cara mudah untuk u olls still dapat benefit daripada santan / minyak kelapa adalah dgn cube produk Shampoo Santan by My Home Lab ni. Kenapa syampu ni berbeza drpd. syampu2 komersial yg lain? Sebabnyer kandungan dlm syampu ni adlh 100% semulajadi! dan yang paling peting tidak mengandungi PARABEN!!! jom tengok bahan2 yg ad dlm syampu ni... 1. Coconut milk / Santan 2. Coconut oil / Minyak kelapa 3. Rosemarry oil 4. Orange oil Saya s...