Skip to main content

Masih ada lagikah harapan???

Dear All Readers,

Selepas operation Lap & Di dulu Alhamdulillah menstrual cycle sy dh normal dan on time. Selepas 2 cycle sy dh dpt detect dgn tepat bila waktu sy subur dengan menggunakan kaedah BBT. Pada 9 Sept. lepas doc suruh saya buat blood test utk pantau samasa sy subur dan produksi telur atau tidak pada setiap bulan. Dalam masa yg sama Doc sarankan jugak utk hubby buat semen analysis utk check sperma.
Tetapi sy sedikit risau sbb.  kalau nak diikutkan 9th Sept. tu hari subur sy dh lepas. tp sy ikutkan jugak sbb sy tak beri tahu doc yg sy ad buat catitan BBT. So sy pun buatlah blood test tu n hubby pun buat semen analysis. Result akan dapat pd 19th Sept.

Pada 19th Sept. tu sy pun pergilah ambil result. setelah hampir 3jam menunggu, sampailah giliran kitorg. Soalan pertama yg doc tanya waktu sy masuk adalah... "haa...dh mengadung dah?" perghhh.... tersentap kejap, tp sy releks kan hati. sy pun ckp "belum lg doc, tp ada berita sedih sbb sy baru je dtg period dn berkemungkinan hari yg ambil blood test dulu bukan waktu sy subur". Tapi doc ckp jgn risau sbb blood test tu jugak boleh detect lavel progesteron sy dimana kalau ikutkn result blood test sy sebenarnya sgt subur. Fuhhh....lega rasanyer dgr doc ckp mcm tue. Lepas tue doc tanyer "hari tu sy buat test ape lg yea?" sy pun ckp "semen analysis". Doc pun bukak fail die yg lg satu and terus tanyer kt hubby..."Awak merokok ke?"...hubby jawab "yea."....Doc sambung "seeloknya awak berhenti merokok sbb tabiat merokok awak dh jejaskan mobility sperma awak". Saya pun bertanya kt doktor sperma mobility tu ape? Doc ckp sperma mobility tu adalah tahap kecerdasan sperma dalam satu ejakulasi. kiraan norml bagi mobility sperma ialah 50% tetapi hubby punyer sperma mobility hanya 41%, maksudnya hanya 41% shj. drp. semua sperma yg dikeluarkan aktif. Masa tu sy pandang muka hubby and nmpk muka die mcm dissapointed dgr berita tue. Doc ckp kalau nk cuba utk ada baby hubby HARUS berhenti merokok dan ambil supplement tambahan. doc bg masa 2 bulan. bulan 11 nnt doc akan suruh dtg balik utk buat semen analysis nk tgk ada perubahan pd sperma mobility atau tidak.

Tapi apa yg sy kesalkan adalah ttg cara hubby terima berita tersebut. Dia seperti tak nak terima keputusan semen analysis tu and ckp yg semen yg die bg tue sikit je and dh mmg takde rezeki. bile sampai rumah die still tak berhenti merokok, makin byk adela. sy terfikir...dulu bile sy rase sylah punca kitorg takde anak sy berusaha bersungguh2 utk memperbaiki kesihatan diri, sy amalkan susu kambing ngan kurma, sy buat lap & Di, sy berhemti makan jeruk, makan fast food, makan jambu. I EVEN LET GO MY PRECIOUS SHEMON! but him? Maaf pada semua, sy bukan tulis nie untuk memburukkan my hubby atau nk cerita masalah rumahtangga, tp sy dh tak tahu nk luahkn perasan kt siapa. takkan sy nk cerita kt mak sy? lg lah jatuh maruah suami sy. Nak cerita kt mak mertua? nnt sure die igt sy nk memburukkan anak die pulak. soooo....?

Saya tak pasti sy masih mempunyai harapan utk ada baby sendiri tau tak. mungkin Allah dah tentukan semua nie. kadang kala sy terfikir, kalau lelaki boleh kawin lg satu kalau isteri pertama tak boleh beri zuriat, kalau perempuan boleh ke kawin lg satu?

Comments

Popular posts from this blog

Ways to Use Tumeric Powder for Beautiful Skin

Wassap to order: 018-2324271 (RM18.00/Unit) The spice turmeric can produce remarkable benefits for both the skin and hair. The active ingredient in turmeric, curcumin, is both anti-inflammatory and a powerful antioxidant. Found in many masks and ointments, turmeric can treat skin issues ranging from pigmentation to eczema. Also chosen for it’s antiseptic properties, turmeric is an ideal choice for fighting acne. We’ve put together a variety of turmeric recipes to include in your beauty routine. Source: https://helloglow.co/beauty-ingredient-turmeric/ Glowing Turmeric Face Scrub ·         1 teaspoon ground turmeric ·         3 teaspoons almond milk ·         3 teaspoons baking soda Mix all ingredients together in a small bowl, and stir to combine. Using clean hands, massage over clean, damp skin with fingertips starting with your chin and working upward in small...

Kebaikan Jamu Asam Kunyit

Jamu Asem Kunyit Hi U Olls!!! Entry kali ni I nk citer pasal Jamu! Haaaa.... Jamu ad mcm2 jenis tp I nk citer pasal jamu asem kunyit. I start consume jamu ni tahun 2012 lepas miscarriage 2nd baby. Mase tu air asem kunyit yg I minum tu dibuat sendiri oleh M.I.L ex office mate I.  M.I.L office mate i ni mmg particular bab2 penjagaan dlm pantang. First time minum air jamu ni mmg rase azam sgt wey... tak boleh nk telan langsung! but after a while dh ok dh... in fact dh rase sedap lah pulak air jamu nie. Lepas pantang tu I stop sekejap minum air ni. Sebab I igtkn air ni juz sesuai utk org dlm pantang je. Silap yea! Sbnrnyer I nk pon sesuai utk membersihkn rahim selepas period. I sedar bnd ni lepas i dpt tahu endometriosis I dtg blk. Kebetulan waktu I pergi MAHA2016 ade org jual jamu asem kunyit (tp xsama dgn pic atas ni lah) barulah I tahu yg jamu ni mmg boleh beli yg dh siap. I igtkan nk kne buat sendiri... hahaha... mmg malas lah jawapan nyer. So, I terus beli sebotol. Cara mi...

Kerap Senggugut Teruk Tanda Endometriosis!

Apa Itu Endometriosis? Endometriosis adalah sejenis penyakit wanita yang belum dikenalpasti puncanya yang sebenar. Ada teori yang menjelaskan bahawa darah haid yang sepatutnya keluar dari rahim melalui faraj, telah berundur ke belakang dan membawa bersama tisu endometrium (dinding rahim), kemudian masuk ke dalam saluran fallopian dan akhirnya keluar dalam peritoneum (bahagian abdomen). Ini menyebabkan saiznya membesar dalam pelvis dan berdarah seperti mana kitaran haid ke dalam abdomen. Antara tanda anda mungkin menghidap Endometriosis ialah: 1. Haid berpanjangan dan berlebihan 2. Kitaran Haid tidak teratur 3. Sakit ketika atau selepas melakukan hubungan seksual 4. Rasa letih dan mudah penat ketika haid 5. Sakit di bahagian punggung, bawah perut atau pinggang 6. Rasa seperti ada pergerakan usus atau rasa mahu buang air besar ketika datang haid 7. Kerap senggugut yang teruk Anda mungkin mengalami sebahagian atau keseluruhan tanda-tanda di atas, berbeza men...