Skip to main content

Alamak! ada Cycst?

Assalamualaikum....

baru-baru nie sewaktu saya dtg haid sy kena period pain yg teramat sakit. saya memang biasa kena period pain dr masa anak dara dulu lagi. tapi kali nie sakitnya lain macam. rasa sakit di bahagian perut sebelah kiri. rasanya mcm nk terkeluar semua isi perut. saya menghabiskan lebih sejam duduk di dalam toilet. badan sy rasa sejuk sgt. bila dh tak tahan sakit sgt sy pun telan lah pain killer, tak jalan jugak. so saya tuam perut dgn air panas pun tak berkesan. biler asben sy tgk sy dh sakit semacam dia pun ajak sy ke klinik. sy pun berfikir "mmg nk kena ke klinik pun utk dptkn mc". so sy pun pergilah ke klinik.

Saya pergi ke klinik Keluarga Doktor Dahlia berdekatan dgn rumah. sampai di klinik orang ramai sgt. dalam hati saya berkata2 "rase mcm nk patah balik rumah je" tp kaki sy tetap jugak tak berganjak dr situ. so sy pun tunggulah sampai nama sy dipanggil. mula2 nurse panggil untuk buat record kesihatan sbb sy tak pernah ke klinik tue. dia pun ambek sy nye BP (blood pressure) asben tgk die ckp "rendahnyer bacaan?" sy tak reti baca pun meter tue tp nurse ckp kira ok lah ngam2 kt border line. lepas tue die suruh tggu doktor panggil pulak. tunggu la lagi.

selepas sejam baru lah doktor panggil masuk bilik. hilang penat sy menunggu lepas dengar suara doktor tue, lemah- lembut sgt.
Doktor : apa masalah puan?
Saya : sy senggugut doktor.
Doktor : sejak bila senggugut nie?
Saya: dr first day period semalam.
Doktor: memang dr sebelum kawin ke selalu senggugut?
Saya: mmg dr zaman anak dara dulu tiap2 bulan sy kena senggugut. tp kali ni sakit nyer lain mcm. selalu biler saya mkn ubat @ tuam sakitnyer dh hilang..ini buat mcm2 pun sakitnyer tak hilang.
Doktor: nak scan tak?
Saya: (terdiam) hurmmm...boleh lah nk tahu jugak ape ada dlm perut nie.

lepas tue doktor pun tukarkn bilik sy ke bilik yg ada kelengkapan scan. beberapa minit lepas doktor tue scan dia ckp sy ada cycst di bahagian sebelah kiri. BANG! terkejut saya dibuatnya. patutlah bahagian tu sakit sgt. sy pun kurang pasti cycst ni ape tp dr ape yg sy baca cycst ni adalah:

"Sista atau ketumbuhan dalam ovari merupakan pembendungan cecair di dalam ovari. Terdapat beberapa jenis sista ovari. Gulungan wanita begitu mengambil berat terhadap sista ini disebabkab kebimbangan mereka kepada kanser ovari. Satu perkara yang perlu diingat bahawa kebanyakan sista ovari ini bukanlah ketumbuhan kanser. Walau bagaimanapun, sebahagian dari sista benigna ini memerlukan rawatan jika ia tidak hilang seperti biasanya. Hanya dalam beberapa kes yang kecil, ia bertukar menjadi kanser. Yang menggembirakan kita ialah hampir semua sista ovari ini akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan. Oleh kerana kebanyakan dari sista ovari adalah benigna (bukan kanser), kewujudan sista ovari biasanya tidaklah membimbangkan."

doktor ckp cycst sy tak berapa bahaya kerana saiznya kurang dr 5cm. tp kalau tak diubati mungkin akan membesar dn boleh menyukarkan utk saya hamil. so sy tanye lah "abes tu mcm mane doktor?" doktor tue pun keluarkan surat rujukkan ke Hospital Pusrawi untuk buat rawatan lanjut.


Esoknya pagi2 sy n hubby dh ke Pusrawi. tp malangnya doktor yg sepatutnya sy rujuktu sesinya di waktu petang. so sy mintak utk dirujuk dgn doktor lain sbb dh alang-alang sy kt situ takkan nk patah balik n datang balik petangnyer...ishhh mmg tak lah dh la kawasan Jln Tun Razak tu petang jam giler. Nasib baik doktor tu nk gantikan tmpt kawannyer yg sesi petang tu.


Doktor pun scan lagi sekali. die kate mmg ada cycst n ade pendarahan di luar rahim. BANG! terpana sy sekejap. ape pulak pendarahan luar rahim nie??? doktor ckp sepatutnyer darah tue berada di dinding rahim tp sekarang darah tu berada di luar rahim. saya pun tanyalah "apa yg sepatutnya sy buat sekrang doktor?" doktor ckp utk pastikan keadaan sebenar tak boleh nk buat scan secara biasa. sya harus dibedah supaya doktor dpt masukkan camera utk tgk keadaan sebenar barulah doktor boleh putuskan langkah yg seterusnya. hubby pun terus setuju untuk buat pembedahan tu. doktor ckp nk buat sekarang ke @ lepas raya? sy ckp a.s.a.p. So doktor pun schedule kan operation next thursday biler period sy dh abes. sy pun terus setuju.

dalam perjalanan balik ke rumah sy termenung. sy betul2 tak sangka yg sy boleh kena cycst nie. tp dlm pada itu sy tetap rasa bersyukur sbb Allah s.w.t dh bukakan jalan utk sy mengetahui keadaan sy yg menyebabkan sy sukar hamil. saya berdoa ke hadrat Ilahi agar segalanya berjalan lancar. moga2 adalah rezeki sy n hubby utk menimang cahaya mata selepas pembedahan nnt. harap readers semua boleh doakn tuk sy yea. terima kasih!



Comments

  1. harap mommy tabah n operation bjaya.semoga cpt sembuh dan dikurniakan baby.doakan saya juge ye. :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih. saya juga doakn utk youandme.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ways to Use Tumeric Powder for Beautiful Skin

Wassap to order: 018-2324271 (RM18.00/Unit) The spice turmeric can produce remarkable benefits for both the skin and hair. The active ingredient in turmeric, curcumin, is both anti-inflammatory and a powerful antioxidant. Found in many masks and ointments, turmeric can treat skin issues ranging from pigmentation to eczema. Also chosen for it’s antiseptic properties, turmeric is an ideal choice for fighting acne. We’ve put together a variety of turmeric recipes to include in your beauty routine. Source: https://helloglow.co/beauty-ingredient-turmeric/ Glowing Turmeric Face Scrub ·         1 teaspoon ground turmeric ·         3 teaspoons almond milk ·         3 teaspoons baking soda Mix all ingredients together in a small bowl, and stir to combine. Using clean hands, massage over clean, damp skin with fingertips starting with your chin and working upward in small...

JAMU ASEM KUNYIT IBU ZALEHA

MARI! MARI! MARI! Air jamu asem kunyit terbukti berkesan untuk kecantikan dalaman dan luaran wanita. KEBAIKAN JAMU ASAM KUNYIT IBU ZALEHA 1.       Melancarkan peredaran darah. 2.       Mengeluarkan angin & toksin dalam badan. 3.       Memberikan tenaga & menghilangan kelesuan 4.       Mengempiskan perut 5.       Mengurangkan berat badan 6.       Memperbaiki siklus haid 7.       Mengurangkan senggugut 8.       Mencegah keputihan 9.       Mengecutkn cyst 10.    Mengetatkan Miss V 11.    Membantu masalah Miss V gatal & berbau 12.    Merawat masalah kulit muka 13.    Memberi cahaya pada wajah (glowing) 14.    Menghilangkan bau badan 15.    Membersihkan & mengecutka...