Skip to main content

Waktu Subur & BBT Chart

Assalammualaikum.....

Pada post yg lepas sy dh ceritakan percubaan pertama saya untuk misi menimang cahaya mata iaitu berhenti membela kucing. Nampak mcm senang tp susah rupenyer, rindu pada Shemon tuhan je yg tahu. Ok la kali nie sy nk bercerita tentang percubaan sy yg ke-2 pulak.

PERCUBAAN KE-2 : Mengenal pasti waktu subur.

kalau diingat blk waktu kite form 3 dulu dlm kelas sains cikgu ade cerite mengenai kitaraan haid wanita. tapi mase tu takde pun nk beri perhatian sbb kite rase tak penting. Bile dh kawen nie barulah terfikir rasionalnya tajuk tue ade dlm syllabus. Kitaran haid yg normal pada seseorang wanita ialah selama 28 hari. ini dikira dari hari pertama haid hinggalah hari terakhir sebelum haid yg berikutnya dtg. (paham ke nie?) Dan waktu subur pula dikenal pasti akan terjadi pada setiap hari ke 10 - 15 sebelum terjadinya haid yg berikutnya. Maksudnya:

KITARAN HAID 28 HARI

Haid mula : 2/7/2013
Haid tamat : 8/7/2013
Haid beikutnya : 29/7/13
Waktu subur : 11-16/7/2013.

pada wanita yg mempunyai kitaran haid yg tidak teratur masih terdapat cara untuk mengenalpasti waktu subur anda, kaedah ini sy peroleh dr. blog Dr.Zubaidi...

Mulakan dgn menanda kalendar bg menyimpan rekod kitaran haid 8-12 bulan berturut2. tandakan hari pertama haid sebagai hari pertama kitaraan haid itu. Kemudian pilih kitaran haid yg terpanjang dan yg terpendek. tolakan 18 dari kitaran haid yg terpendek dn itu adalah hari pertama tempoh kesuburan. kemudian ambil kitaran yg terpanjang dn tolakkan 11 dan tandakannya sebagai hari terakhir kesuburan.

untuk memudahkan anda kt sini sy bg contoh pakai kalendar sy.

2012
2013
Jika anda perhatikan pada kitaran haid sy mmg tak menentu. tp kt kalendar tu sy lupe tanda untuk bulan April/May dimana haid sy dtg pd 4/5/2013 yg menjadikan kitaran haid yg terakhir setakat ini adalah selama 46 hari. ok sekarang mari kite start kira:

Kitaran Haid Terpendek : 28 - 18 = 10 (hari pertama tempoh subur)
Kitaran Hiad Terpanjang : 70 - 11 = 59 (hari terakhir tempoh subur)

Haaaa...nmpk tak bertapa gilanya kitaran haid sy. sgt susah untuk pastikan hari keberapakah waktu subur sy. Oleh itu, sy cuba kaedah yg Ke-3 pula iaitu Basal Body Temperature Chart. 

Basal Body Temperature adalah suhu badan yg diambil pada waktu pagi. Suhu ini harus diambil sebelum anda bangun dari katil tau! kalau boleh termometer tue anda simpan bawah bantal. sebabnya kalau anda dh mula bergerak suhu anda akan naik sikit dan ini akan menyukarkan untuk anda mengetahui suhu sebenarnya. Suhu badan yg normal ialah 36.0C - 36.2C, pada waktu subur suhu akan jatuh sedikit dan kemudian akan naik mendadak. sewaktu suhu naik mendadak ini anda boleh assume yg Ovum telah pun dilepaskan. Kat bawah nie sy bg contoh BBT chart saya.
Jika diperhatikan tanda yg warna merah itu adalah hari ovum dilepaskan. Seperti yg diketahui ovum hanya mampu hidup selama 24 jam sahaja. jika tiada persenyawaan yg berlaku dlm tempoh ini maka Ovum tersebut akan mati dn dilepaskn bersama-sama darah haid dlm kitaran yg berikutnya. selepas ovum dilepaskan suhu badan akan meningkat dn kekal pada tahap lebih 36.3C, selepas 11-14 hari suhu ini akan jatuh dan kitaran haid yg berikutnya akan bermula.

Kalau nk tahu yg sy paste nie adalah BBT chart yg pertama sy buat. Tapi sy dapati yg sy tak boleh nk tanda BBT nie setiap hari sbb sy perasan yg tahap stress sy makin teruk. bile sy tgk je cycle sy jd makin panjang n suhu pun mcm tak menentu sy terus patah hati nk buat benda nie. sekarang ini dh hampir ke cycle-5 sy masih tak berjaya nk teka bila tarikh hari sy subur.

Ok lah sampai sini dulu post sy untuk kali nie. kepada pembaca terima kasihlah sebab sudi baca blog sy yg merapu nie yea....kalau ade sesaper yg berkongsi cerita bolehlah hantar komen. mane tahu boleh dpt kawan baru yg mungkin senasib, sama2 kita berusaha untuk dpt anugerah Allah yg paling berharga ini.
pada post yg akan datang sy akan cerita tentang OPK pulak yea. Bye!

Comments

Popular posts from this blog

Ways to Use Tumeric Powder for Beautiful Skin

Wassap to order: 018-2324271 (RM18.00/Unit) The spice turmeric can produce remarkable benefits for both the skin and hair. The active ingredient in turmeric, curcumin, is both anti-inflammatory and a powerful antioxidant. Found in many masks and ointments, turmeric can treat skin issues ranging from pigmentation to eczema. Also chosen for it’s antiseptic properties, turmeric is an ideal choice for fighting acne. We’ve put together a variety of turmeric recipes to include in your beauty routine. Source: https://helloglow.co/beauty-ingredient-turmeric/ Glowing Turmeric Face Scrub ·         1 teaspoon ground turmeric ·         3 teaspoons almond milk ·         3 teaspoons baking soda Mix all ingredients together in a small bowl, and stir to combine. Using clean hands, massage over clean, damp skin with fingertips starting with your chin and working upward in small...

MATA CERMINAN HATI

Antara pelbagai area pada wajah seseorang wanita, mata merupakan bahagian terpenting. Ini kerana, mata mampu menceritakan samada seseorang wanita itu sedih atau gembira. Mata juga merupakan bahagian solekan yang terpenting. Warna (eye shadow) yang dikenakan pada mata mampu menukar seseorang itu menjadi cantik, lembut dan garang. Selain daripada itu, Solekan yang kemas pada bahagian mata juga menunjukkan teknik & kreativiti seseorang juru solek. Oleh itu, pada penulisan kali ini saya ingin berkongsi tentang bahagian-bahagian yang terdapat pada mata manusia. 1)Brow Bone : Bahagian ini merupakan bahagian yang paling dekat dengan kening. Kebiasaannya warna yang terang @ tona kulit diaplikasikan pada bahagian ini bagi memberi kesan highlight pada tulang kening seseorang. 2) Above Crease : Bahagian ini terletak dibawah tulang kening. Pada bahagian ini biasanya dikenakan warna-wara yang gelap bagi memberi kesan dramatik pada solekan mata. Bahagian ini juga dikenali sebagai "blend...

MY BEST FRIEND WEDDING!!!

Date : December 25th 2011 Venue : Nilai, Negeri Sembilan. Service : Make Up. before make up brush is the key! my make up kit the result unforgettable moment  Allhamdulillah, berkat kepercayaan yang diberikan oleh pihak pengantin dan rahmat dari Allah S.W.T segalanya berjalan dengan lancar. Amin.