Apa Itu Endometriosis? Endometriosis adalah sejenis penyakit wanita yang belum dikenalpasti puncanya yang sebenar. Ada teori yang menjelaskan bahawa darah haid yang sepatutnya keluar dari rahim melalui faraj, telah berundur ke belakang dan membawa bersama tisu endometrium (dinding rahim), kemudian masuk ke dalam saluran fallopian dan akhirnya keluar dalam peritoneum (bahagian abdomen). Ini menyebabkan saiznya membesar dalam pelvis dan berdarah seperti mana kitaran haid ke dalam abdomen. Antara tanda anda mungkin menghidap Endometriosis ialah: 1. Haid berpanjangan dan berlebihan 2. Kitaran Haid tidak teratur 3. Sakit ketika atau selepas melakukan hubungan seksual 4. Rasa letih dan mudah penat ketika haid 5. Sakit di bahagian punggung, bawah perut atau pinggang 6. Rasa seperti ada pergerakan usus atau rasa mahu buang air besar ketika datang haid 7. Kerap senggugut yang teruk Anda mungkin mengalami sebahagian atau keseluruhan tanda-tanda di atas, berbeza men...
Seorang penghidap endometriosis yang sangat2 berusaha untuk mempunyai zuriat.